Menu Laman
Laman Depan
Koleksi Video
Boikot [Melayu]
Boikot [English]
Tabung Selamatkan Lubnan & Palestin
Laman ini diwujudkan oleh organisasi PAS. Oleh sebab itu pihak PAS membuka tabung untuk dihantarkan ke Palestin & Lubnan.

Hantarkan bantuan anda kepada

Parti Islam Semalaysia(PAS)
Maybank No AC:564070703248

Hiwar
Sila gunakan HIWAR ini dengan tutur bahasa yang baik
Hit Laman
Sejak 1 Ogos 06
online
Takwim
Renungan Mukmin
..
Yahoo Messenger
Radio Online
Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Tarbiyah.fm^Indonesia
[Winamp/RealPlayer]

Nur Islam^Brunei
[Media Player]

NoorRadio.fm^U K
[Winamp/RealPlayer]

RadioIslam.fm^Chicago
[RealPlayer]

MISG.fm^MISG Online
[Winamp/RealPlayer]

Sebarkan Kami

Nama Anda:
Alamat E-mail Anda:

Alamat E-mail kawan anda:


.

Carian
Islamicfinder
Kata:
Penyokong Abbas Bersiap Merampas Parlimen
Wednesday, October 11, 2006
Sumber-sumber Palestin menyatakan, orang-orang rapat Abbas sedang bersiap sedia untuk melakukan kudeta* di parlimen, dengan melakukan kajian terhadap undang-undang negara yang boleh membubarkan parlimen dan melakukan langkah-langkah perubahan terhadap sistem pilihanraya umum Palestin untuk menghalang Hamas dari terus mencapai kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber-sumber presiden, orang-orang Abbas seperti para penasihat presiden, ketika ini sedang mengkaji kemungkinan pembubaran dewan legislatif Palestin dan membuat undang-undang untuk mengubah sistem pilihanraya dengan menggunakan sistem proporsional, tujuannya untuk menyekat kemampuan Hamas memenangi secara majoriti dalam kerusi parlimen untuk kali yang kedua.

Ketika ini orang-orang Abbas sedang mengkaji undang-undang yang boleh memberikan kuasa terhadap presiden untuk membubarkan dewan legislatif dan membuat pilihanraya semula. Ketua bahagian perundangan dewan legislatif Faraj al Ghaul dalam sidang akhbar, Sabtu (07/10), menemplak semua usaha yang tidak mengikut undang-undang untuk memberi peluang kepada presiden Palestin membubarkan parlimen. Al Ghaul menegaskan bahawa dalam keadaan apapun tidak mungkin meluluskan sebarang keputusan tanpa persetujuan Hamas sebagai suara majoriti di Parlimen. Tidak ada jalan bagi Abbas dan orang- orangnya kecuali melakukan kudeta terhadap parlimen dan pemerintah atau melalui pilihanraya umum.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Palestin, Saed Sheyam menuduh tindakan orang dalam gerakan Fatah dipersetujui Abbas, “Mereka tidak menginginkan kerajaan ini terbentuk. Hal itu dilakukan atas provokasi pihak Amerika dan Eropah. Dengan alasan bahawa pemerintahan sedia ada tidak berusaha menghidupkan proses perdamaian, menurut mereka.”

Sheyam menegaskan, ada usaha untuk menyerang dan menekan kerajaan, bahkan melakukan provokasi dari luar hingga pihak-pihak serantau turut terlibat dengan mewujudkan keadaan kacau-bilau. Wakil gerakan Hamas di Yaman, Abu Ahmad Jamal mengingatkan adanya sebahagian pihak dan pakar di “negara-negara jiran Palestin” memberikan khidmat nasihat kepada Presiden Mahmud Abbas berkenaan cara untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang. Jamal menambahkan, “Para pakar dari negara jiran menyampaikan kajian mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi deklarasi pemerintahan darurat. Ada juga pihak yang menyampaikan usul langkah-langkah untuk membatalkan keputusan proses demokrasi Palestin.

Sementara itu pihak lainnya mencadangkan agar dilakukan embargo kewangan dan politik terhadap pemerintah.” Perlu disebutkan apa yang disiarkan pihak media, empat trak yang dikawal pasukan Zionis Israel membawa senjata untuk pasukan presiden Palestin di Semenanjung Gaza pada hari Rabu (04/10) melalui pintu masuk “Kareem Abu Saleem” yang terletak di sebelah timur Rafah.

kudeta (kudéta) = rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah.

Note: sumber : COMES

posted by Abu Handzolah @ 4:20 PM   1 comments
Olmert Beri Sokongan Padu Abbas Jatuhkan Kerajaan Hamas
Sunday, October 08, 2006
PM Israel Ehud Olmert menyatakan kesediaannya untuk memberikan sokongan penuh kepada Presiden Palestin Mahmud Abbas, dengan harapan dapat melemahkan dan menjatuhkan pemerintahan Palestin yang dipimpin Hamas. Olmert mengatakan beliau bersedia menyokong Abbas untuk melaksanakan “roadmap”, sebagai usaha melanjutkan proses kompromi. Dalam waktu terdekat, beliau akan mengajukan apa yang disebutnya “idea-idea memberikan bantuan kepada Palestin”, untuk menguatkan kedudukan presiden Abbas.

Pernyataan Olmert tersebut disampaikan dalam pertemuannya dengan Setiausah Negara Amerika, Condalizza Rice, Khamis (05/10), yang memfokuskan perbahasaan berkenaan pendekatan terbaik melemahkan dan menjatuhkan pemerintah Palestin. Perbincangan kedua-dua belah pihak turut membahaskan kemungkinan pembentukan kerajaan campuran Palestin serta penegasan tentang peripentingnya pemerintahan baru nanti tunduk kepada syarat-syarat yang telah diajukan, khususnya pengiktirafan terhadap kewujudan penjajah Zionis Israel dan kesepakatan-kesepakatan politik sebelumnya serta menghentikan penentangan terhadap penjajah.

Sementara itu Mantan Menteri Luar Israel, Silvan Shalom meminta Amerika menyokong Abbas, setelah persiapan akhir menjatuhkan kerajaan Palestin kini yang dipimpin gerakan Hamas. “Amerika harus mengambil langkah-langkah melawan radikalisme dan ketidakstabilan, bukan hanya sekadar pernyataan,” begitu kata Shalom seperti dipetik media-media Israel. Shalom menambah, “Washington harus membantu Abbas menggunakan kekuasaan dan pengaruhnya untuk menekan demi menamatkan pemerintahan yang dipimpin Hamas.” Sumber-sumber media Arab sebelumnya telah mengungkapkan bahawa Rice telah melakukan pertemuan tertutup dengan beberapa pemimpin Arab di Kaherah, termasuk Mesir, Jordan dan enam negara Teluk.. Rice meminta mereka melakukan tekanan keras terhadap pemerintah Palestin dan gerakan Hamas setelah yang terakhir ini menolak mengiktiraf kewujudan Zionis Israel.

Rice meminta para pemimpin tertinggi Arab memberikan sokongan penuh terhadap Presiden Abbas, untuk mendorongnya mengambil langkah-langkah berani diantaranya pembubaran pemerintahan yang dipimpin Ismail Haniyah. Abbas sendiri telah menyatakan menolak melanjutkan perbincangan pembentukan kerajaan campuran, setelah sebulan lalu dia mengeluarkan keputusan pembekuan proses dialog, kemudiannya menyatakan bahawa perbincangan bermula dari kosong semula.

Note: sumber : COMES
posted by Abu Handzolah @ 3:12 PM   0 comments
Ahli parlimen Hamas terselamat dari cubaan bunuh di Gaza
Friday, October 06, 2006
Kumpulan bersenjata Fatah telah cuba untuk membunuh Ahli Majlis Undangan Hamas, Dr. Younis Al-Astal di Khan Younis sebelum subuh Khamis lalu tetapi gagal. Pembunuh dr kumpulan Fatah itu bagaimanapun telah mencederakan seorang pengawal Astal selepas melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah Ahli Parlimen itu.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa cubaan untuk membunuh Astal adalah yang kelima dilancarkan ke atas nyawa para pemimpin Hamas dan penyokongnya sejak keluarnya ‘kenyataan meragukan’ daripada pemimpin kumpulan pemberontak terhadap kerajaan PA beberapa hari lalu. Kenyataan itu menyebut mahu menghapuskan pemimpin-pemimpin Hamas.

Beberapa hari lalu, sekumpulan perompak dari Fatah membunuh seorang pemuda Palestin, Nasser Al-Jafari,37, ketika beliau memlindungi seorang warga tua Palestin yang enggan mematuhi perintah kumpulan itu supaya menutup kedainya. Kumpulan radikal itu yang dipercayai mendapat bantuan kewangan daripada pemimpin Fatah mengugut akan terus melaksanakan pemberontakan dan vandalisma di jalanan serta membunuh sesiapa sahaja yang cuba menghalang mereka sambil merujuk kepada kumpulan keselamatan yang di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negeri.

Walaubagaimanapun, sekumpulan daripada Briged Pejuang Al-Aqsa memberi amaran kepada penduduk awam Palestin berhubung “niat jahat” dan “trend membunuh” di dalam paksi Fatah dengan menegaskan bahawa kumpulan samseng itu tidak lain hanyalah kumpulan berbayar yang berkhidmat untuk Israel.

Merujuk kepada perkara yang sama, sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh pemangku Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan, Dr Samir Abu Aisha pada Rabu malam yang lalu. Menurut Abu Aisha, mesej dalam bahasa Inggeris dan Hebrew itu dihantar kepada telefon bimbit beliau, namun tujuan di sebalik ugutan itu tidak pula dinyatakan. Pemimpin politik Hamas di bandar Qalqilia, Mohammed Odeh,37, telah ditembak mati menggunakan peluru yang mengadungi pelbagai elemen di hadapan rumahnya ketika beliau keluar untuk pergi bersolat di masjid berhampiran. Jenazah beliau telah dikebumikan pada petang Rabu lalu.

Note: sumber : http://imemc.org
posted by Abu Handzolah @ 2:55 PM   0 comments
Menteri Israel berkata : Israel patut punuh Nasrallah
Monday, October 02, 2006
Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer berkata pada Sabtu lalu bahawa Israel mesti membunuh ketua Hizbullah Sheik Hassan Nasrallah, pada setiap peluang yang ada “tanpa menyebabkan kematian” di kalangan penduduk awam Lubnan atau masyarakat sekeliling.

Ben-Eliezer menambah bahawa Nasrallah, yang sekarang menduduki tempat tertinggi dalam senarai orang yang paling dikehendaki Israel, dilihat oleh kebanyakan orang Arab sebagai seorang hero. Menurut Ben-Eliezer, Nasrallah telah melepaskan beribu-ribu roket Katusha ke arah utara Israel dalam peperangan Lubnan-Israel baru-baru ini.

Perang tersebut tercetus setelah pejuang Hizbullah menculik dua orang askar Israel di dalam satu operasi sempadan.

Kenyataan Ben-Eliezer dikeluarkan sewaktu satu wawancara dengan Radio Tentera Israel. “Nasrallah adalah seorang yang jahat bagi Israel,” kata Ben-Eliezer, “Dia jahat bagi orang Arab, dia jahat bagi orang Kristian, dan kita tidak patut biarkan dia terus hidup”.

Beberapa orang pegawai Israel telah menyeru ke arah pembunuhan Nasrallah sejak serangan 12 Julai lagi, dan sejak penculikan askar-askar tersebut.

Sekurang-kurangnya 1200 penduduk Lubnan, kebanyakannya adalah orang awam dan kanak-kanak, telah terbunuh dalam serangan tentera Israel di Lubnan. Pejuang Hizbullah pula telah membunuh 157 orang Israel, yang kebanyakannya adalah dari pihak tentera.

Ben-Eliezer menambah bahawa ketua Hizbullah itu telah muncul dalam satu majlis untuk bercakap di hadapan sekumpulan besar orang ramai sewaktu meraikan kemenangan parti itu.

“Kami sepatutnya boleh membunuhnya ketika itu,” Ben-Eliezer berkata, “ tetapi beribu-ribu orang ada di sana pada waktu itu”.

Terdahulu, pada tahun 1992, pemimpin Hizbullah sebelum Nasrallah, Sheikh Abbas Musawi telah dibunuh oleh pihak Israel; serangan tersebut turut membunuh isteri dan anaknya.

Sementara itu, kebanyakan penduduk Israel percaya bahawa tindakan tersebut akan menyebabkan tercetusnya satu lagi perang dengan Hizbullah setelah Israel gagal untuk dalam perang baru-baru ini untuk mengambil kembali dua askarnya yang ditangkap.


Note: sumber : http://imemc.org
posted by Abu Handzolah @ 5:16 PM   0 comments
Seorang penduduk meninggal dunia akibat kecederaan semasa pergelutan minggu lalu
Sumber perubatan Palestin di Semenanjung Gaza melaporkan pada pagi Khamis (28/09/06), seorang penduduk meninggal dunia akibat daripada kecederaan yang di alami pada 22 September lalu semasa pertengkaran di antara ahli-ahli Komiti Eksekutif dan pejuang Pasukan Al-Aqsa, sayap ketenteraan Fatah.

Pasukan Komiti Eksekutif telah ditubuhkan oleh Hamas setelah gerakan itu menang majority kerusi di dalam kaunsel perundangan.

Pergelutan itu berlaku disekitar Hospital Kamal Adwan di bahagian utara Semenanjung Gaza. 6 orang terbunuh sewaktu pergelutan berlaku sementara seorang penduduk, Taiseer Misbah Al Hindy, 45 cedera di kepala dan meninggal dunia pada Khamis ini.

Bahagian utara Semenanjung Gaza telah menyaksikan banyak ketegangan di antara ahli-ahli pasukan eksekutif dan ahli sayap ketenteraan Fatah.

Pergerakan Hamas merancang untuk mengadakan satu tujuk perasaan besar-besaran pada Jumaat sebagai respon kepada risalah dan kenyataan dari ketua gerakan Fatah menentang perkara tersebut semenjak dua hari lalu, dilaporkan oleh satu sumber Hamas.

Kedua-dua Hamas dan Fatah saling tuduh-menuduh mengenai sebab-sebab pertengkaran dasyat yang berlaku di sekitar hospital tersebut.

Note: sumber : http://imemc.org
posted by Abu Handzolah @ 5:13 PM   0 comments
Info Laman

Nama: Parti Islam seMalysia [PAS]Abu Handzolah
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Objektif:
"Kewujudan Web ini adalah untuk memaparkan perkembangan terkini dari Palestin & Lubnan akibat kebiadapan Israel. Diharapkan Semua Pengunjung dapat manfaat dari web ini. Sumbangan artikel atau berita dialamatkan : opszionis@yahoo.com.my"

Lihat profile kami
Waktu Solat
Artikel Terbaru
Arkib Artikel
Poster

Pautan
Palestin
Alternatif
Parti
Isu Berita
Dunia
Seruan Jihad
Dikala ummat Islam berhadapan dengan kegetiran KUFFAR LAKNATULLAH ZIONIS, di SERU utk kita:

1)Solat hajat memohon pertolongan ALLAH
2)Membaca Qunut Nazilah setiap solat JAHRIAH( Baca kuat)
3)Memberikan sumbangan kewangan
4)MemBOIKOT barangan ZIONIS, AMERIKA dan sekutu mereka
5)Meningkatkan AMAL IBADAH dan MENINGGALKAN DOSA dan MAKSIAT.

Powered by

BLOGGER

© 1427/2006 opszionis.blogspot.com ® . Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah s.w.t.