Menu Laman
Laman Depan
Koleksi Video
Boikot [Melayu]
Boikot [English]
Tabung Selamatkan Lubnan & Palestin
Laman ini diwujudkan oleh organisasi PAS. Oleh sebab itu pihak PAS membuka tabung untuk dihantarkan ke Palestin & Lubnan.

Hantarkan bantuan anda kepada

Parti Islam Semalaysia(PAS)
Maybank No AC:564070703248

Hiwar
Sila gunakan HIWAR ini dengan tutur bahasa yang baik
Hit Laman
Sejak 1 Ogos 06
online
Takwim
Renungan Mukmin
..
Yahoo Messenger
Radio Online
Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Tarbiyah.fm^Indonesia
[Winamp/RealPlayer]

Nur Islam^Brunei
[Media Player]

NoorRadio.fm^U K
[Winamp/RealPlayer]

RadioIslam.fm^Chicago
[RealPlayer]

MISG.fm^MISG Online
[Winamp/RealPlayer]

Sebarkan Kami

Nama Anda:
Alamat E-mail Anda:

Alamat E-mail kawan anda:


.

Carian
Islamicfinder
Kata:
Askar Israel serbu pengurup wang Palestin
Thursday, September 21, 2006
NABLUS: Tentera Israel menyerang sebuah bank milik Jordan dan 14 penggurup wang asing dalam apa yang disifatkan tentera sebagai operasi menghentikan pemindahan wang dari Iran kepada pejuang Palestin.

Tentera Israel merampas sekurang-kurangnya 5 juta shekel (RM 4.25 juta) dan 170,00 dinar Jordan (RM 888,000) dalam operasi itu dan merampas beberapa ratus dokumen, kata jurucakap tentera.

“Mereka terbabit dalam membiayai aktiviti pengganas,” kata jurucakap itu mengulas operasi di bank di Nablus terbabit dan 14 kaunter tukaran mata wang asing yang seluruh kawasan Palestin.

Beliau berkata, broker tukaran asing itu menyalurkan wang dari Iran dan Hizbullah kepada Hamas dan pergerakan Jihad Islam untuk membiayai serangan ke atas Israel dan membeli bahan letupan serta membina roket.

Ditanya mengenai dakwaan itu, seorang pemilik syarikat tukaran mata wang asing yang diserbu di Nablus, Husam Abuelyyan berkata, mereka tidak pernah ambil tahu latar belakang politik pelanggan.

“Saya tidak pernah tanya latar belakang politik pelanggan. Mereka hanya datang lalu pergi. Apa yang saya lakukan hanya menukar dari satu mata wang ke mata wang lain,” katanya.

Pengurus Bank al-Ahli di Nablus, Abdel Latif Nasir, berkata tentera Israel meletupkan pintu depan bank itu tetapi mereka gagal membuka peti besi bank ini serta tidak dapat merampas bahan penting.

“Mereka tidak mempunyai bidang kuasa bertindak sebegini kerana kami beroperasi sebagai sebahagian perjanjian antara Israel, Jordan dan Pihak Berkuasa Palestin dan kami dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan Palestin,” katanya.

Beliau berkata, bank itu dibuka semula seperti biasa semalam.

Penduduk tempatan berkata, ketika serbuan awal pagi semalam, tentera turut merampas sejumlah besar wang tunai dan komputer milik penggurup wang di Nablus, Tulkarm dan Ramallah.

Sejak pergerakan Hamas yang berjuang menghancurkan Israel mengambil alih kerajaan pada Mac lalu, Israel dan sekutu Baratnya membekukan semua bantuan kewangan kepada Palestin selain tidak memulangkan wang cukai yang dikutip rejim Yahudi bagi pihak Palestin.

Selain itu, Bank Dunia yang mempunyai urus niaga dengan Israel dan Amerika Syarikat turut dikenakan sekatan daripada menyalurkan wang kepada Kerajaan Palestin. – Reuters
posted by Abu Handzolah @ 1:21 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Info Laman

Nama: Parti Islam seMalysia [PAS]Abu Handzolah
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Objektif:
"Kewujudan Web ini adalah untuk memaparkan perkembangan terkini dari Palestin & Lubnan akibat kebiadapan Israel. Diharapkan Semua Pengunjung dapat manfaat dari web ini. Sumbangan artikel atau berita dialamatkan : opszionis@yahoo.com.my"

Lihat profile kami
Waktu Solat
Artikel Terbaru
Arkib Artikel
Poster

Pautan
Palestin
Alternatif
Parti
Isu Berita
Dunia
Seruan Jihad
Dikala ummat Islam berhadapan dengan kegetiran KUFFAR LAKNATULLAH ZIONIS, di SERU utk kita:

1)Solat hajat memohon pertolongan ALLAH
2)Membaca Qunut Nazilah setiap solat JAHRIAH( Baca kuat)
3)Memberikan sumbangan kewangan
4)MemBOIKOT barangan ZIONIS, AMERIKA dan sekutu mereka
5)Meningkatkan AMAL IBADAH dan MENINGGALKAN DOSA dan MAKSIAT.

Powered by

BLOGGER

© 1427/2006 opszionis.blogspot.com ® . Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah s.w.t.