Menu Laman
Laman Depan
Koleksi Video
Boikot [Melayu]
Boikot [English]
Tabung Selamatkan Lubnan & Palestin
Laman ini diwujudkan oleh organisasi PAS. Oleh sebab itu pihak PAS membuka tabung untuk dihantarkan ke Palestin & Lubnan.

Hantarkan bantuan anda kepada

Parti Islam Semalaysia(PAS)
Maybank No AC:564070703248

Hiwar
Sila gunakan HIWAR ini dengan tutur bahasa yang baik
Hit Laman
Sejak 1 Ogos 06
online
Takwim
Renungan Mukmin
..
Yahoo Messenger
Radio Online
Pastikan anda mempunyai program Winamp, MediaPlayer atau RealPlayer untuk menjalankan Radio ini.
IKIM.fm ^Malaysia
[Winamp/RealPlayer]

Tarbiyah.fm^Indonesia
[Winamp/RealPlayer]

Nur Islam^Brunei
[Media Player]

NoorRadio.fm^U K
[Winamp/RealPlayer]

RadioIslam.fm^Chicago
[RealPlayer]

MISG.fm^MISG Online
[Winamp/RealPlayer]

Sebarkan Kami

Nama Anda:
Alamat E-mail Anda:

Alamat E-mail kawan anda:


.

Carian
Islamicfinder
Kata:
Penyokong Abbas Bersiap Merampas Parlimen
Wednesday, October 11, 2006
Sumber-sumber Palestin menyatakan, orang-orang rapat Abbas sedang bersiap sedia untuk melakukan kudeta* di parlimen, dengan melakukan kajian terhadap undang-undang negara yang boleh membubarkan parlimen dan melakukan langkah-langkah perubahan terhadap sistem pilihanraya umum Palestin untuk menghalang Hamas dari terus mencapai kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut sumber-sumber presiden, orang-orang Abbas seperti para penasihat presiden, ketika ini sedang mengkaji kemungkinan pembubaran dewan legislatif Palestin dan membuat undang-undang untuk mengubah sistem pilihanraya dengan menggunakan sistem proporsional, tujuannya untuk menyekat kemampuan Hamas memenangi secara majoriti dalam kerusi parlimen untuk kali yang kedua.

Ketika ini orang-orang Abbas sedang mengkaji undang-undang yang boleh memberikan kuasa terhadap presiden untuk membubarkan dewan legislatif dan membuat pilihanraya semula. Ketua bahagian perundangan dewan legislatif Faraj al Ghaul dalam sidang akhbar, Sabtu (07/10), menemplak semua usaha yang tidak mengikut undang-undang untuk memberi peluang kepada presiden Palestin membubarkan parlimen. Al Ghaul menegaskan bahawa dalam keadaan apapun tidak mungkin meluluskan sebarang keputusan tanpa persetujuan Hamas sebagai suara majoriti di Parlimen. Tidak ada jalan bagi Abbas dan orang- orangnya kecuali melakukan kudeta terhadap parlimen dan pemerintah atau melalui pilihanraya umum.

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Palestin, Saed Sheyam menuduh tindakan orang dalam gerakan Fatah dipersetujui Abbas, “Mereka tidak menginginkan kerajaan ini terbentuk. Hal itu dilakukan atas provokasi pihak Amerika dan Eropah. Dengan alasan bahawa pemerintahan sedia ada tidak berusaha menghidupkan proses perdamaian, menurut mereka.”

Sheyam menegaskan, ada usaha untuk menyerang dan menekan kerajaan, bahkan melakukan provokasi dari luar hingga pihak-pihak serantau turut terlibat dengan mewujudkan keadaan kacau-bilau. Wakil gerakan Hamas di Yaman, Abu Ahmad Jamal mengingatkan adanya sebahagian pihak dan pakar di “negara-negara jiran Palestin” memberikan khidmat nasihat kepada Presiden Mahmud Abbas berkenaan cara untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang. Jamal menambahkan, “Para pakar dari negara jiran menyampaikan kajian mengenai langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi deklarasi pemerintahan darurat. Ada juga pihak yang menyampaikan usul langkah-langkah untuk membatalkan keputusan proses demokrasi Palestin.

Sementara itu pihak lainnya mencadangkan agar dilakukan embargo kewangan dan politik terhadap pemerintah.” Perlu disebutkan apa yang disiarkan pihak media, empat trak yang dikawal pasukan Zionis Israel membawa senjata untuk pasukan presiden Palestin di Semenanjung Gaza pada hari Rabu (04/10) melalui pintu masuk “Kareem Abu Saleem” yang terletak di sebelah timur Rafah.

kudeta (kudéta) = rampasan (perampasan) kuasa utk memerintah secara ganas atau tidak sah.

Note: sumber : COMES

posted by Abu Handzolah @ 4:20 PM  
1 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
Info Laman

Nama: Parti Islam seMalysia [PAS]Abu Handzolah
Lokasi: Kuala Lumpur, Malaysia
Objektif:
"Kewujudan Web ini adalah untuk memaparkan perkembangan terkini dari Palestin & Lubnan akibat kebiadapan Israel. Diharapkan Semua Pengunjung dapat manfaat dari web ini. Sumbangan artikel atau berita dialamatkan : opszionis@yahoo.com.my"

Lihat profile kami
Waktu Solat
Artikel Terbaru
Arkib Artikel
Poster

Pautan
Palestin
Alternatif
Parti
Isu Berita
Dunia
Seruan Jihad
Dikala ummat Islam berhadapan dengan kegetiran KUFFAR LAKNATULLAH ZIONIS, di SERU utk kita:

1)Solat hajat memohon pertolongan ALLAH
2)Membaca Qunut Nazilah setiap solat JAHRIAH( Baca kuat)
3)Memberikan sumbangan kewangan
4)MemBOIKOT barangan ZIONIS, AMERIKA dan sekutu mereka
5)Meningkatkan AMAL IBADAH dan MENINGGALKAN DOSA dan MAKSIAT.

Powered by

BLOGGER

© 1427/2006 opszionis.blogspot.com ® . Hakcipta terpelihara oleh Allah s.w.t. dan sebarang bentuk penyebaran untuk tujuan dakwah adalah digalakkan dengan menyatakan sumbernya.All things belong to Allah s.w.t.